Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Insiden Balai Polis Ulu Tiram Semangat Juang Sarjan Mohd Hasif Kekal Tempur Walau Cedera

Diterbitkan: 19 Jun 2024 1.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.07 PM
Berdepan situasi getir dalam insiden itu, Sarjan Mohd Hasif yang bertugas di Bahagian Ronda Cegah Jenayah di balai terbabit meletakkan dirinya dalam bahaya ketika berhadapan penyerang yang sebelum itu telah menetak rakan sepasukannya sehingga meninggal dunia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-insiden-balai-polis-ulu-tiram-semangat-juang-sarjan-mohd-hasif-kekal-tempur-walau-cedera
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:49 MYT
Kuala Lumpur, 16 Jun 2024 - Semangat juang sebagai anggota Sang Saka Biru dalam menjaga keselamatan mendorong Sarjan Mohd Hasif Roslan cuba menghentikan insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor meskipun beliau mengalami kecederaan ketika kejadian pada 17 Mei lepas.

Berdepan situasi getir dalam insiden itu, Sarjan Mohd Hasif yang bertugas di Bahagian Ronda Cegah Jenayah di balai terbabit meletakkan dirinya dalam bahaya ketika berhadapan penyerang yang sebelum itu telah menetak rakan sepasukannya sehingga meninggal dunia.

Menceritakan semula kejadian itu, Sarjan Mohd Hasif, 38 tahun, berkata beliau segera kembali ke balai selepas keluar meronda pada 2.30 pagi apabila menerima arahan daripada ketua polis balai ketika itu.

“Apabila sampai di balai, saya terlihat ada sekujur tubuh kaku di sebelah berek sebelum dimaklumkan itu ialah rakan setugas yang telah ditetak.

“Rakan turut memberitahu balai diserang tetapi suspek kelihatan ketika itu …. Tiba-tiba, penyerang melepaskan tembakan ke arah kami dan terkena bahagian bahu dan pinggul saya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan “Posthumous” di Pusat Latihan Polis di sini kelmarin.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2308369

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2024 1.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.07 PM