
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Kondo Mewah Markas Rahsia Simpan Dadah Dalang Utama Kena Tahan Nilai Rampasan Rm1 23juta
Taktik seorang lelaki menyewa dua unit kondominium mewah dengan sewaan mencecah ribuan ringgit sebulan untuk dijadikan stor simpanan dan lokasi pengedaran dada...
Kota Kinabalu, 12 Julai 2025 - Taktik seorang lelaki menyewa dua unit kondominium mewah dengan sewaan mencecah ribuan ringgit sebulan untuk dijadikan stor simpanan dan lokasi pengedaran dadah terbongkar selepas diserbu polis.
Dua kondominium disewa suspek yang terletak di Jalan Haji Saman dan Jesselton, dipercayai dijadikan 'markas rahsia' untuk menyimpan bekalan Syabu, Ketamin dan pil Ekstasi yang disasarkan bagi pasaran dalam dan luar negara.
Namun, ‘port selamat' itu tidak bertahan lama apabila polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu menyerbu satu unit terbabit jam 7.45 malam, 4 Julai lalu, sebelum menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun disyaki dalang utama sindiket.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, berkata pemeriksaan lanjut menemui satu beg yang mengandungi plastik lutsinar disyaki berisi Syabu seberat 790.56 gram.
Turut ditemui, mesin mengira wang, alat penimbang digital dan peralatan membungkus dadah.
“Keesokannya, satu lagi kondominium mewah disewa suspek turut diserbu dan kami menemui dua paket plastik berisi dadah disyaki Ketamin seberat 14.14 gram.
“Tidak cukup dengan dua ‘port' ini, suspek kemudian membawa pasukan serbuan ke sebuah kereta Toyota Yaris yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di kawasan letak kereta awam berhampiran Sabah Art Gallery Outdoor Artspace,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Dataran Kawad, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.