Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Kes Dadah Di Kedah Naik Selepas Pangkalan Haram Di Kelantan Tutup

Diterbitkan: 05 May 2025 1.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.02 PM
Rantau Panjang, 5 Mei 2025 - Penutupan pangkalan haram dan larangan rentas sempadan di Kelantan sejak 1 Disember tahun lalu menyaksikan kemasukan dadah di Kedah pula meningkat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-kes-dadah-di-kedah-naik-selepas-pangkalan-haram-di-kelantan-tutup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT
 
Rantau Panjang, 5 Mei 2025 - Penutupan pangkalan haram dan larangan rentas sempadan di Kelantan sejak 1 Disember tahun lalu menyaksikan kemasukan dadah di Kedah pula meningkat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kemasukan dadah di Kedah dikatakan melalui kuala termasuk Kuala Sanglang.

“Di Kelantan kita tutup 212 pangkalan haram dan pada masa sama menguatkuasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 yang mana-mana individu menggunakan pangkalan haram akan ditangkap.

“Hasilnya pergerakan melalui pintu masuk tidak sah menurun mendadak. Data sebelum ini menunjukkan sehingga 5,000 penduduk menggunakan pangkalan haram setiap hari, namun kini menurun kepada sehingga 50 orang sahaja.

“Saya minta momentum ini dikekalkan kerana kita dapati kes penyeludupan dadah berkurangan walaupun belum signifikan.

“Namun, minggu lalu saya berada di Kedah dan dimaklumkan pendaratan dadah di Kedah meningkat.

“Jadi, saya kena semak dengan Kedah sama ada penutupan pangkalan haram di Kelantan menyebabkan mereka mengubah lokasi menggunakan laluan di Kedah,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

May be an image of 6 people and text
ArtikelDiterbitkan 05 May 2025 1.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.02 PM