Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Pcirc Jsjk Bukit Aman

Diterbitkan: 05 May 2025 6.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.04 PM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengadakan lawatan kerja ke Police Cyber Investigation & Response Center (PCIRC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bilik Operasi PCIRC, Menara KPJ, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-pcirc-jsjk-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:54 MYT
 
Kuala Lumpur, 5 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengadakan lawatan kerja ke Police Cyber Investigation & Response Center (PCIRC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bilik Operasi PCIRC, Menara KPJ, di sini.

Ketibaan Dato' Sri Ayob Khan di pekarangan menara telah disambut oleh Pemangku Pengarah JSJK, CP Dato' Muhammed Hasbullah Ali dan Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) JSJK Bukit Aman, DCP Shamsul Amar Ramli.

Dalam lawatan yang berlangsung lebih kurang dua jam tadi, Dato' Sri Ayob Khan telah ditaklimatkan berkaitan sistem yang digunakan PCIRC dalam memantau isu di media sosial berkaitan jenayah, khasnya melibatkan 3R yang disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Kanan PCIRC, DSP Ts. Mail Yussof.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman serta pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people, the Oval Office and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 3 people, people studying and text

May be an image of 5 people, newsroom and text

May be an image of 2 people and text

ArtikelDiterbitkan 05 May 2025 6.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.04 PM