
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Keldai Dadah Kantoi Seludup Bahan Terlarang Melalui Penerbangan Dari Peru Dan Dubai Ke Klia
Shah Alam, 21 Mei 2024 - Sanggup menahan kesakitan lebih 10 jam dengan menelan ketulan plastik berisi dadah jenis Kokain ke dalam perut.
Shah Alam, 21 Mei 2024 - Sanggup menahan kesakitan lebih 10 jam dengan menelan ketulan plastik berisi dadah jenis Kokain ke dalam perut.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, suspek warga Amerika Latin itu bagaimanapun diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA pada Jumaat lalu.
Menurutnya, bertindak atas maklumat Polis Antarabangsa (INTERPOL) pihaknya menahan suspek dalam keadaan mencurigakan di Balai Ketibaan Antarabangsa kira-kira jam 8.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan dan imbasan x-ray oleh pegawai perubatan mengesan imej mencurigakan di dalam perut suspek yang kemudiannya ditahan di Hospital Cyberjaya dengan pemantauan polis.
“Hasil pemantauan selama tiga hari, suspek mengeluarkan sejumlah 95 ketulan kapsul berwarna putih kekuningan berisi bahan disyaki dadah jenis Kokain anggaran berat 1,152 gram,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.