
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Dadah Negara Menakutkan Kpn
Kuala Lumpur, 3 September 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyifatkan masalah dadah di negara ini 'menakutkan' kerana hampir setiap hari ada ahli masyarakat dicemari elemen negatif tersebut.
Malah, tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berdepan ancaman jenayah tersebut yang tidak mengenal batasan umur, bangsa, agama, pekerjaan dan negeri.
Menurut beliau, walaupun Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mencatatkan pelbagai kejayaan tangkapan dan rampasan namun pencapaian tersebut tidak dapat membanteras kegiatan dadah yang sangat berleluasa.
"Ini termasuk kegiatan pemprosesan, pengedaran dan penagihan dadah. Keadaan ini amat menakutkan. Hampir setiap masyarakat diserap elemen jenayah ini.
"Kita sedia maklum, dadah adalah musuh nombor satu negara dan menjadi menjadi tanggungjawab saya untuk menanganinya dengan serius," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut
Sumber: Utusan Malaysia