
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Kereta Pengedar Dadah Masuk Tali Air
Suspek berusia awal 30-an sebelum itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu P...
Pendang, 21 Jun 2023 - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup polis selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar dekat sini pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, pasukan polis kemudiannya terus mengejar suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi berwarna putih.
“Sebaik sahaja sampai di persimpangan tiga jalan mini tar Kampung Alor Besar, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air.
“Pasukan polis terus bertindak dengan turun dari kenderaan dinaiki dan masuk ke dalam tali air tersebut untuk mengeluarkan suspek yang masih berada di dalam keretanya.
“Setelah berjaya membawa suspek dengan selamat ke atas tebing tanah dan pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang undang. Pemeriksaan fizikal juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.