Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Kereta Pengedar Dadah Masuk Tali Air

Published: 21 Jun 2023 3.34 AM Updated: 15 Aug 2026 8.24 PM
Suspek berusia awal 30-an sebelum itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di tepi jalan Kampung Batu Menunggul dekat sini pada jam 6.30 petang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-kereta-pengedar-dadah-masuk-tali-air
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:50 MYT
Pendang, 21 Jun 2023 - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup polis selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar dekat sini pada petang Isnin.

Suspek berusia awal 30-an sebelum itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di tepi jalan Kampung Batu Menunggul dekat sini pada jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, pasukan polis kemudiannya terus mengejar suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi berwarna putih.

“Sebaik sahaja sampai di persimpangan tiga jalan mini tar Kampung Alor Besar, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air.

“Pasukan polis terus bertindak dengan turun dari kenderaan dinaiki dan masuk ke dalam tali air tersebut untuk mengeluarkan suspek yang masih berada di dalam keretanya.

“Setelah berjaya membawa suspek dengan selamat ke atas tebing tanah dan pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang undang. Pemeriksaan fizikal juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
May be an image of text that says 'Narkotik| Kereta pengedar dadah masuk tali air Cubaan suspek selepas terserempak dengan 'Setelah berjaya membawa la
ArticlePublished 21 Jun 2023 3.34 AMUpdated 15 Aug 2026 8.24 PM