Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Isteri Doktor Dua Anak Lelaki Ditahan Bersama 35kg Ganja

Diterbitkan: 11 Aug 2025 4.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 11 Ogos 2025 - Isteri seorang doktor dan dua anak lelaki mereka ditahan bersama dadah dipercayai Ganja mampat dianggar 35 kilogram (kg) dan sepucuk pistol selepas polis menyerbu sebuah banglo di Ketereh, dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-isteri-doktor-dua-anak-lelaki-ditahan-bersama-35kg-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT

Kota Bharu, 11 Ogos 2025 - Isteri seorang doktor dan dua anak lelaki mereka ditahan bersama dadah dipercayai Ganja mampat dianggar 35 kilogram (kg) dan sepucuk pistol selepas polis menyerbu sebuah banglo di Ketereh, dekat sini.

Selain dadah dan pistol jenis Glock itu, turut dirampas dalam gerakan dilancarkan polis kira-kira jam 4.30 pagi Selasa lalu adalah 16 peluru serta empat kenderaan, termasuk BMW dan Mercedes Benz.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, berkata dalam serbuan itu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan menahan wanita berusia 46 tahun bersama dua anaknya masing-masing 23 dan 34 tahun.

“Ketika serbuan, terdapat tiga individu di banglo terbabit. Hasil pemeriksaan menemui 35kg dipercayai Ganja diletakkan dalam kotak dan beg, selain sepucuk pistol jenis Glock serta 16 peluru, keseluruhannya dianggar lebih RM300.000
.
“Polis turut merampas empat kenderaan, termasuk BMW dan Mercedes Benz. Nilai rampasan keseluruhan, termasuk dadah adalah RM420,000,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text


ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2025 4.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM