Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Hidup Mewah Jadi Tauke Dadah

Published: 11 Jan 2023 4.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 11 Januari 2023 - Rahsia kehidupan mewah sepasang suami isteri terbongkar apabila mereka ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-hidup-mewah-jadi-tauke-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:05 MYT
Johor Bahru, 11 Januari 2023 - Rahsia kehidupan mewah sepasang suami isteri terbongkar apabila mereka ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

Pasangan berusia 33 dan 34 tahun itu ditangkap di Taman Aman, Senai baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil soal siasat ke atas pasangan itu, pihaknya melakukan tiga serbuan di Taman Pulai Perdana, Iskandar Puteri dan Kulai seterusnya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM362,022.

“Seramai 13 suspek berusia 24 hingga 55 tahun termasuk sepasang suami isteri diberkas dalam empat siri serbuan tersebut.

“Kita percaya pasangan suami isteri itu merupakan 'mastermind' atau perancang sindiket pengedaran dadah tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 14 Januari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.

 
ArticlePublished 11 Jan 2023 4.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM