
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ganja Bukit Aman Beri Amaran Keras Pengarah Jsjn
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, secara umumnya dadah jenis Ganja disenaraikan sebagai dadah berbah...
Kuala Lumpur, 12 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi kepada mereka yang cuba membawa masuk dadah Ganja yang masih menjadi bahan larangan di negara ini.
Ia susulan Thailand menjadi negara Asia pertama menghalalkan penanaman Ganja dengan matlamat menjadikannya tanaman komersil yang boleh memacu industri pelancongan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, secara umumnya dadah jenis Ganja disenaraikan sebagai dadah berbahaya di dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Justeru, katanya mana-mana orang yang menyimpan atau berada di dalam pemilikan, penjagaan atau pengawasannya dadah jenis Ganja adalah melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dihukum penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
"Selain itu, hukuman lebih berat boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang menyimpan atau berada di dalam pemilikannya, penjagaannya atau pengawasannya dadah jenis Ganja yang melebihi amaun tertentu yang ditetapkan mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 39A(2) ADB 1952.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.