Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ganja Bernilai Rm4 4 Juta Ditemui Dalam Semak

Published: 23 Jan 2022 1.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Tuan Mohd Noh Khamis berkata, rampasan dibuat kira-kira jam 9.08 malam berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-ganja-bernilai-rm4-4-juta-ditemui-dalam-semak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT
Bukit Kayu Hitam, 23 Januari 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 88 kilogram Ganja mampat bernilai RM4.4 juta di kawasan semak sempadan Malaysia-Thailand di Jalan Stesen Kereta Api Padang Besar, Perlis pada Jumaat.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Tuan Mohd Noh Khamis berkata, rampasan dibuat kira-kira jam 9.08 malam berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima.

Katanya, pada awalnya, anggota PGA bertugas mengesan pergerakan dua lelaki yang mencurigakan dalam keadaan gelap berdekatan landasan kereta api terbabit.

"Kita kemudiannya membuat pemerhatian selama setengah jam, namun tiada individu yang masuk semula ke kawasan berkenaan.

"Anggota bertugas kemudian mengambil keputusan mendekati lokasi tersebut untuk membuat pemeriksaan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam di sini pada Sabtu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArticlePublished 23 Jan 2022 1.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM