
Hari ini pada 22 Januari 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan kempen Op Selamat 14 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Arah Utara, Negeri Sembilan, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
Program kerjasama PLUS Malaysia Berhad yang bermula dari 29 Januari hingga 12 Februari 2019 itu memfokuskan kepada usaha pencegahan jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalan raya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Dalam program itu, seluruh jentera PDRM di peringkat kontinjen telah digerakkan bagi tujuan rondaan pencegahan, risikan, operasi dan pemantauan secara berjadual di kawasan kediaman serta premis perniagaan sepanjang tempoh cuti perayaan.