Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Fentanil Polis Kekang Dadah Paling Berbahaya

Diterbitkan: 30 Apr 2024 2.57 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Kota Bharu, 30 April 2024 - Polis Kelantan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand mengekang kemasukan dadah jenis baru iaitu Fentanil yang sangat berbahaya kerana mempunyai kesan 100 kali lebih kuat daripada heroin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-fentanil-polis-kekang-dadah-paling-berbahaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:27 MYT
Kota Bharu, 30 April 2024 - Polis Kelantan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand mengekang kemasukan dadah jenis baru iaitu Fentanil yang sangat berbahaya kerana mempunyai kesan 100 kali lebih kuat daripada heroin.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, dadah berkenaan juga 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada morfin.

Katanya, sudah ada cubaan membawa masuk dadah ini dari negara jiran ke Kelantan namun ia tidak berjaya.

“Ini berikutan kawalan di sempadan negeri ini yang ketat, sekali gus dapat mengekang kemasukan dadah berbahaya berkenaan.

“Justeru, kita sudah mengadakan perbincangan mengenai keselamatan sempadan dengan Perwakilan Parlimen Thailand pada 26 April lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2024 2.57 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM