Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pasangan Kekasih Ditahan Terbabit Sindiket Pengedaran Dadah

Diterbitkan: 29 Apr 2024 1.47 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.17 PM
Shah Alam, 29 April 2024 - Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah menerusi serbuan di kawasan Puchong Jaya, Serdang, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pasangan-kekasih-ditahan-terbabit-sindiket-pengedaran-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:13 MYT
Shah Alam, 29 April 2024 - Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah menerusi serbuan di kawasan Puchong Jaya, Serdang, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, turut dirampas adalah kira-kira 35 kilogram dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM4.73 juta selain sepucuk pistol bersama 32 butir peluru.
"Dalam serbuan pada jam 3.15 pagi itu, pasangan kekasih berusia 32 dan 35 tahun itu ditangkap di lobi sebuah kondominium yang didiami pasangan itu sebelum dibawa ke unit kediaman mereka.

"Susulan tangkapan itu, suspek kemudian memandu arah polis ke sebuah kereta yang diparkir ditepi jalan yang mana polis menemui dadah jenis MDMA seberat 26,500 gram (g); Ketamin (5,462.34g); Heroin (1,377.50g); Syabu (1,043.80g); Pil Esktasi (548.72g) dan Eramin 5 (2g).

"Kesemua dadah yang dirampas itu dianggar bernilai RM4.73 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pasangan-kekasih-ditahan...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 29 Apr 2024 1.47 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.17 PM