Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Famili Syabu Enam Sekeluarga Jadi Pengedar Dadah Ditahan Polis

Diterbitkan: 19 Sep 2020 1.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 19 September 2020 - Enam sekeluarga yang disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah di Kapar di sini, diberkas dalam satu operasi mengekang pengedaran bahan terlarang itu di kawasan Klang Utara, Rabu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-famili-syabu-enam-sekeluarga-jadi-pengedar-dadah-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:26 MYT

Klang, 19 September 2020 - Enam sekeluarga yang disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah di Kapar di sini, diberkas dalam satu operasi mengekang pengedaran bahan terlarang itu di kawasan Klang Utara, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Puan Nurulhuda Mohd Salleh berkata, enam sekeluarga itu ditahan di sebuah rumah di Kawasan Persiaran Hamzah Alang, Kapar di sini.

"Dalam operasi pada jam 7.30 malam itu, kami menahan empat lelaki dan dua wanita dan merampas satu bekas kertas A4" di dalam bekas itu terdapat satu beg plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki Syabu dianggarkan seberat 146 gram bernilai kira-kira RM14,600,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Puan Nurulhuda berkata, susulan tangkapan itu, polis kemudian menahan dua lagi lelaki dan merampas 200 gram dadah pada jam 11 malam hari sama dalam satu lagi operasi berasingan.

"Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan ketika menaiki kereta Perodua Viva di tepi sebuah hotel di Jalan Batu 5 di sini.

"Polis merampas satu sampul surat yang mengandungi satu beg plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk disyaki dadah jenis Syabu yang dijumpai dalam 1 kenderaan yang dinaiki suspek.

"Dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000 itu kemudian dirampas dan wang tunai RM1,000 turut disita," katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro

Sumber: Harian Metro

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 19 Sep 2020 1.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM