Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Amaran Dato Ayob Khan Kepada Pengikut Ajaran Sesat

Diterbitkan: 19 Sep 2020 3.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 19 September 2020 - Polis akan menahan pengikut ajaran sesat yang didapati melangkaui garisan keselamatan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-amaran-dato-ayob-khan-kepada-pengikut-ajaran-sesat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:50 MYT

Johor Bahru, 19 September 2020 - Polis akan menahan pengikut ajaran sesat yang didapati melangkaui garisan keselamatan negara.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan serta merta memburu mereka jika wujud cubaan mengumpul senjata api bagi mencetuskan kacau bilau.

Beliau mengakui kewujudan ajaran sesat dan fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Johor.

"Polis tidak boleh mengambil tindakan ke atas pengamal ajaran sesat kerana ia merupakan bidang kuasa pihak berkuasa agama, namun kita boleh beri bantuan.

"Namun jika ada usaha untuk melangkaui garisan keselamatan contohnya melibatkan senjata api, mengguling kerajaan, mendatangkan kacau bilau, itu polis akan ambil tindakan," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pencegahan Jenayah Ketua Polis Johor bersama komuniti Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn di sini semalam.

Sementara itu, Dato' Ayob Khan berkata, kesedaran orang ramai terhadap penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) masih rendah sejak diperkenalkan lima tahun lalu.

Katanya, hanya 126,430 orang memuat turun aplikasi itu meskipun Johor memiliki empat juta penduduk.

"Penyaluran maklumat menerusi aplikasi itu membolehkan tindakan cepat diambil," ujarnya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 19 Sep 2020 3.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM