Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Empat Kumpulan Kongsi Gelap Terlibat Edar Dadah

Diterbitkan: 04 Sep 2022 3.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 4 September 2022 - Polis Johor mengesan kegiatan pengedaran dadah melibatkan empat kumpulan kongsi gelap di negeri itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-empat-kumpulan-kongsi-gelap-terlibat-edar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:35 MYT
Johor Bahru, 4 September 2022 - Polis Johor mengesan kegiatan pengedaran dadah melibatkan empat kumpulan kongsi gelap di negeri itu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, kumpulan tersebut ialah Geng 36, Geng 04, Geng 21 dan Geng Jin Jee Tong.

Menurutnya, berdasarkan statistik kes tangkapan yang direkodkan tahun ini sehingga Jun, seramai 7,070 orang ditahan termasuk 143 warga asing atas pelbagai kesalahan, selain rampasan dadah 2,270 kilogram dengan nilai RM10.09 juta.
“Daripada jumlah tangkapan ini, ada antara tangkapan tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Ini adalah kerana keuntungan dan pulangan lumayan menyebabkan ada geng kongsi gelap merekrut ahli baharu serta memperdayakan mereka menjadi pengedar dadah bagi mengaut keuntungan untuk kumpulan mereka," tambah beliau.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2022 3.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM