Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Sertai Kejohanan Kuda Lasak Piala Pat

Diterbitkan: 04 Sep 2022 6.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Daerah Setiu
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-sertai-kejohanan-kuda-lasak-piala-pat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT
Setiu, 4 September 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini, semalam.

Acara "flag off" kejohanan telah disempurnakan oleh PAT, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM bersama Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.

Selain Tan Sri Razarudin, Pasukan Polis Diraja Malaysia turut diwakili oleh beberapa pegawai kanan dan anggota.
Jumlah keseluruhan yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu adalah sebanyak 31 buah pasukan, meliputi 109 peserta dari dalam dan luar negara. Manakala tiga kategori sukan yang dipertandingkan adalah CEI 1*100KM, CEN 100KM dan CEN
40KM.
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2022 6.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM