Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Pasang Suami Isteri Warga Thailand Edar Ganja Sekitar Lembah Klang Ditahan

Published: 16 Mar 2024 8.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sungai Buloh, 16 Mac 2024 - Masuk sebagai pelancong dengan menaiki kereta sebelum mengedar Ganja. Itu helah dua pasangan suami isteri warga Thailand sejak tahun lalu yang turut mengupah "transporter'' bagi membawa masuk dadah itu dari sempadan sebelum dijual di sekitar Lembah Klang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dua-pasang-suami-isteri-warga-thailand-edar-ganja-sekitar-lembah-klang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Sungai Buloh, 16 Mac 2024 - Masuk sebagai pelancong dengan menaiki kereta sebelum mengedar Ganja. Itu helah dua pasangan suami isteri warga Thailand sejak tahun lalu yang turut mengupah "transporter'' bagi membawa masuk dadah itu dari sempadan sebelum dijual di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun perkara itu terbongkar selepas polis menahan enam orang termasuk dua lelaki tempatan kelmarin di kawasan Subang Jaya, Ampang Jaya dan Balakong, Kajang.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati dua pasangan suami isteri berusia 26 hingga 32 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong dan berpura-pura ingin melancong dengan menyewa inap desa.
Menurutnya, semakan mendapati mereka sudah tiga kali masuk ke negara ini di mana dua kali pada tahun lalu dan sekali tahun ini.

“Kegiatan mereka terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor jam 2 petang kelmarin menahan sebuah kereta Ford Ranger di tepi jalan di Subang Jaya dan menahan dua lelaki tempatan.
“Hasil pemeriksaan menemui 40 ketulan mampat disyaki dadah Ganja dengan anggaran berat 40.1 kilogram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 16 Mar 2024 8.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM