
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Pasang Suami Isteri Warga Thailand Edar Ganja Sekitar Lembah Klang Ditahan
Sungai Buloh, 16 Mac 2024 - Masuk sebagai pelancong dengan menaiki kereta sebelum mengedar Ganja. Itu helah dua pasangan suami isteri warga Thailand sejak tahu...
Sungai Buloh, 16 Mac 2024 - Masuk sebagai pelancong dengan menaiki kereta sebelum mengedar Ganja. Itu helah dua pasangan suami isteri warga Thailand sejak tahun lalu yang turut mengupah "transporter'' bagi membawa masuk dadah itu dari sempadan sebelum dijual di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati dua pasangan suami isteri berusia 26 hingga 32 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong dan berpura-pura ingin melancong dengan menyewa inap desa.
Menurutnya, semakan mendapati mereka sudah tiga kali masuk ke negara ini di mana dua kali pada tahun lalu dan sekali tahun ini.
“Kegiatan mereka terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor jam 2 petang kelmarin menahan sebuah kereta Ford Ranger di tepi jalan di Subang Jaya dan menahan dua lelaki tempatan.
“Hasil pemeriksaan menemui 40 ketulan mampat disyaki dadah Ganja dengan anggaran berat 40.1 kilogram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.