Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Beranak Dalang Edar Ganja Ditahan

Published: 08 Nov 2022 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 8 November 2022 – Satu sindiket pengedaran Ganja yang didalangi dua beranak, tumpas dalam empat serbuan berasingan di Johor Bahru dan Ulu Tiram, pada Khamis dan Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dua-beranak-dalang-edar-ganja-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:54 MYT
Johor Bahru, 8 November 2022 – Satu sindiket pengedaran Ganja yang didalangi dua beranak, tumpas dalam empat serbuan berasingan di Johor Bahru dan Ulu Tiram, pada Khamis dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menahan lima individu lain, termasuk dua gadis tempatan berusia 18 tahun.

Katanya, hasil serbuan polis merampas 216 ketulan mampat Ganja seberat kira-kira 216 kilogram dengan nilai RM540,257, 13.11 gram Ketamin (RM1,966) dan 12.01 gram pil Ecstasy (RM450).

“Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Johor.

Pada khamis lalu, kira-kira jam 10 malam, kita menahan dua lelaki di bandar raya dan polis menyerbu apartmen serta menahan empat individu, merampas sejumlah kecil dadah.

“Seterusnya pada jam 1.45 pagi pada 4 November, hasil siasatan membawa serbuan ke perumahan di Bandar Tiram, yang membawa kepada penahanan lelaki berusia 47 tahun yang juga ayah kepada seorang suspek yang ditahan sebelum itu.

“Siasatan membawa kepada serbuan akhir terhadap sebuah rumah di Puteri Wangsa, Ulu Tiram dan di situ polis menemui tempat penyimpanan dadah atau stor,” katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text that says 'Dua beranak dalang edar ganja ditahan TINJ PKJCH JOH menahan individu lain, gadis tempatan Polis tumpas sin
ArticlePublished 08 Nov 2022 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM