Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Datuk Antara Lapan Ditahan 300kg Syabu Rm10 Juta Dirampas

Diterbitkan: 08 Mar 2023 3.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 - Seorang lelaki bergelar Datuk, antara lapan individu ditahan dengan rampasan 300 kilogram (kg) Syabu bernilai kira-kira RM10 juta dalam lima serbuan di sekitar Lembah Klang dan Seremban, Negeri Sembilan pada 3 Mac lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-datuk-antara-lapan-ditahan-300kg-syabu-rm10-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 - Seorang lelaki bergelar Datuk, antara lapan individu ditahan dengan rampasan 300 kilogram (kg) Syabu bernilai kira-kira RM10 juta dalam lima serbuan di sekitar Lembah Klang dan Seremban, Negeri Sembilan pada 3 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman, berkata serbuan dalam Op Greyhound itu dilakukan serentak terhadap tiga lokasi bermula jam 11 pagi hingga 2 petang pada Jumaat lalu.

“Dalam serbuan itu, kami menahan lapan individu termasuk seorang wanita berusia 27 hingga 61 tahun dengan seorang daripada mereka memiliki gelaran Datuk.

“Hasil serbuan itu, kami merampas 300 kg Syabu yang diletakkan dalam bungkusan teh cina serta dua kg Ekstasi dianggarkan bernilai RM10.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text that says 'Datuk antara lapan ditahan, 300kg syabu RM10j dirampas Op Greyhound sekitar Lembah Klang, Seremban bermula

ArtikelDiterbitkan 08 Mar 2023 3.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM