
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Stimulan Rosak Otak Dorong Bunuh Ahli Keluarga
Keadaan yang dialami oleh kebanyakan penagih dadah ini sebenarnya adalah gangguan mental akibat pengambilan dadah jenis stimulan atau perangsang secara berpanj...
Kuala Lumpur, 9 April 2022 - Berhalusinasi sehingga tergamak membunuh ahli keluarga dan kenalan rapat kerana disangkakan hantu, musuh atau individu yang ingin mencederakan mereka.
Keadaan yang dialami oleh kebanyakan penagih dadah ini sebenarnya adalah gangguan mental akibat pengambilan dadah jenis stimulan atau perangsang secara berpanjangan.
Mendedahkan perkara ini, Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), Profesor Madya Dr. Rusdi Abd Rashid berkata, dadah jenis stimulan paling kerap dikaitkan dengan gejala psikosis atau gangguan mental yang teruk sehingga membuatkan penagih dadah bertindak di luar pemikiran rasional.
Antara jenis dadah berkenaan termasuklah Methamphetamine, Amphetamine, Ketamine, Ekstasi dan beberapa jenis dadah yang lain.
"Pengambilan dadah jenis stimulan boleh menyebabkan peningkatan hormon 'dopamine' iaitu sejenis 'neurotransmitter' pada otak yang berperanan mengawal keseimbangan emosi dan fungsi kognitif.
"Dopamine dirembeskan di bahagian otak namun pengambilan dadah tertentu boleh merangsang, merencatkan rembesan dan mengganggu fungsi neurotransmitter.
"Ketidakseimbangan neurotransmitter boleh menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan, mania, perubahan tingkah laku dan keganasan, sekali gus nembawa kepada gejala psikosis,“ katanya.
Ikuti kupusan lanjut oleh Pengarah UMCAS, Profesor Madya Dr. Rusdi berkenaan kesan sampingan pengambilan dadah jenis stimulan menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.