
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm965 14 Juta Dirampas Tahun Lalu Pengarah Jsjn
Kuala Lumpur, 6 Mei 2022 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas RM965.14 juta pelbagai jenis dadah dalam serbuan di seluruh negara sepanjang tahun...
Kuala Lumpur, 6 Mei 2022 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas RM965.14 juta pelbagai jenis dadah dalam serbuan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rampasan itu membabitkan 27,865.1 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dan 12,615.98 liter peibagai jenis cecair dadah. "Selain itu, sebanyak 343,767.13 kg daun ketum dan 76,314.71 liter air ketum dirampas membabitkan nilai rampasan sebanyak RM965.14 juta. "Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac lalu JSJN merampas sebanyak 7,122.19 kg pelbagai jenis dadah dan 990.38 liter pelbagai jenis cecair dadah.
JSJN juga berjaya merampas sebanyak 40,348.79 kg daun ketum dan 24,313.99 liter air ketum membabitkan nilai rampasan adalah sebanyak RM190 juta," katanya. Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, pihaknya menahan 129,604 individu mengikut pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.