Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm4 02 Juta Gagal Diseludup Ke Dumai

Published: 24 Feb 2024 2.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dadah-rm4-02-juta-gagal-diseludup-ke-dumai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT
Melaka, 24 Februari 2024 – Kegiatan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa yang dipercayai menjadikan Pantai Klebang sebagai transit, tumpas selepas enam lelaki ditahan bersama rampasan dadah bernilai RM4.02 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, suspek yang terdiri daripada lima lelaki warga tempatan dan seorang pemastautin tetap berusia antara 40 dan 74 tahun itu masing-masing ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Februari lalu.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 83 kilogram (kg) dadah Syabu dan pil Ekstasi ke, Dumai, Indonesia.
“Dalam serbuan pertama, suspek seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun ditahan di kawasan Kota Syahbandar ketika sedang memindahkan dadah ke dalam sebuah kenderaan dan polis berjaya merampas 52kg Syabu dan serbuk Ekstasi seberat 31.45kg bernilai RM4.02 juta.

“Serbuan kedua di Simpang Renggam, Johor dan polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 39 hingga 57 tahun, manakala serbuan ketiga berjaya menahan dua lagi suspek lelaki, masing-masing berusia 68 dan 74 tahun di Genting Highlands, Pahang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArticlePublished 24 Feb 2024 2.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM