Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm2 2 Juta Dirampas Dalam Tempoh Sembilan Bulan

Diterbitkan: 11 Oct 2023 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 11 Oktober 2023 - Polis Pahang melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.2 juta dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dadah-rm2-2-juta-dirampas-dalam-tempoh-sembilan-bulan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:44 MYT
Kuantan, 11 Oktober 2023 - Polis Pahang melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.2 juta dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman berkata, rampas paling tinggi membabitkan ganja seberat 38,772.29 gram, diikuti pil Yaba 36,517 biji dan Heroin 10,996.99 gram.

“Seterusnya ialah Syabu (4,946.16 gram), Ketamin (166.25 gram), Eramin pula sebanyak 1,853 biji, pil Ekstasi (257 biji) dan pil Psikotropik berjumlah 70 biji.

“Selain itu, kita juga merampas air ketum sebanyak 36,006.40 liter, daun ketum (882.82 gram), kodien (41.49 liter), dua batang pokok ganja, serbuk Ekstasi (123 gram) dan pil Nitrazelam (226 biji),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sepanjang tempoh ini, JSJN membuat sitaan bernilai RM2.3 juta membabitkan wang tunai dan kenderaan seperti motosikal serta kereta barang kemas selain wang dalam akaun bank.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'KUANTAN Pahang melalui (JSJN) berjaya merampas jenis Dadah RM2.2 juta dirampas dalam tempoh sembilan bulan
ArtikelDiterbitkan 11 Oct 2023 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM