Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Fokus Dapat Semula Aset Berkaitan 1mdb

Diterbitkan: 11 Oct 2023 2.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes membabitkan Roger Ng Chong Hwa adalah berkait modus operandi bekas pengurus Goldman Sachs itu dalam penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-fokus-dapat-semula-aset-berkaitan-1mdb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:44 MYT
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes membabitkan Roger Ng Chong Hwa adalah berkait modus operandi bekas pengurus Goldman Sachs itu dalam penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk mengenal pasti dan mendapatkan semula aset milik lelaki itu yang dipercayai diperoleh daripada hasil 1MDB.

“Kita (PDRM) perlu melihat kepada modus operandi Roger, bagaimana bon ini dijual dan berapa komisen yang diperoleh daripada aktiviti itu.

“Modus operandi itu kita perlu ketahui yang kita percaya akan membawa kepada aset “recovery'' (mendapatkan semula) dan kemungkinan terdapat pembabitan suspek lain.

“Aset itu membabitkan fizikal dan bukan fizikal seperti akaun bank, bangunan, rumah dan kenderaan yang dibeli serta pelbagai lagi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 11 Oct 2023 2.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM