
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm2 2 Juta Dirampas Dalam Tempoh Sembilan Bulan
Kuantan, 11 Oktober 2023 - Polis Pahang melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.2 juta dalam...
Kuantan, 11 Oktober 2023 - Polis Pahang melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.2 juta dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
“Seterusnya ialah Syabu (4,946.16 gram), Ketamin (166.25 gram), Eramin pula sebanyak 1,853 biji, pil Ekstasi (257 biji) dan pil Psikotropik berjumlah 70 biji.
“Selain itu, kita juga merampas air ketum sebanyak 36,006.40 liter, daun ketum (882.82 gram), kodien (41.49 liter), dua batang pokok ganja, serbuk Ekstasi (123 gram) dan pil Nitrazelam (226 biji),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini pada Selasa.
Beliau berkata, sepanjang tempoh ini, JSJN membuat sitaan bernilai RM2.3 juta membabitkan wang tunai dan kenderaan seperti motosikal serta kereta barang kemas selain wang dalam akaun bank.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.