Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm175 78 Juta Dirampas Di Kelantan Sepanjang Tahun 2023

Diterbitkan: 13 Jan 2024 3.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 13 Januari 2024 - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah seberat 7,914.7 kilogram (kg) dan 12,237.2 liter cecair dadah dengan nilai lebih RM175.78 juta sepanjang tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dadah-rm175-78-juta-dirampas-di-kelantan-sepanjang-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:23 MYT
Kota Bharu, 13 Januari 2024 - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah seberat 7,914.7 kilogram (kg) dan 12,237.2 liter cecair dadah dengan nilai lebih RM175.78 juta sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, angka itu meningkat 192 peratus berbanding 2022 yang bernilai RM60.19 juta.
“Sebanyak lapan sindiket pengedaran dadah membabitkan 19 individu diberkas dalam operasi terancang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

“Bagaimanapun dari segi sitaan harta, berlaku sedikit penurunan pada 2023 iaitu RM4.46 juta berbanding RM4.73 juta pada tahun sebelumnya bersamaan 5.7 peratus,” katanya di sini, kelmarin.
Katanya, 18,331 individu ditahan di bawah pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 dan ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 sepanjang tahun lalu dan jumlah itu meningkat 15 peratus berbanding 2022 iaitu seramai 15,879 orang.

Daripada angka itu, 89 individu diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1) ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 2023 berbanding tahun sebelumnya iaitu 77 orang dan semua ditahan dikenakan perintah tahanan di pusat pemulihan akhlak serta perintah sekatan.

Dato' Muhamad Zaki berkata, selain itu, 897 penagih tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 pada 2023 berbanding 510 pada 2022.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 13 Jan 2024 3.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM