
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Plus Malaysia
Petaling Jaya, 13 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja ke PLUS M...
Petaling Jaya, 13 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja ke PLUS Malaysia di Persada PLUS, di sini semalam.
Kehadiran beliau bersama delegasi telah disambut oleh Pengarah Urusan PLUS Malaysia, Datuk Nik Airina Nik Jaffar dan Ketua Pegawai Operasi, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi.
Kedua-dua pihak juga turut mengadakan perbincangan dalam mengenalpasti isu dan tindakan lanjut dalam membantu meningkatkan keselamatan dan mempermudahkan perjalanan pengguna di lebuh raya pada masa yang akan datang.
Polis Diraja Malaysia melalui JSPT merupakan rakan strategik PLUS dalam meningkatkan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya PLUS sejak sekian lama.
Sumber: PLUS Malaysia