Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm1 4 Juta Dirampas Pelajar Antara Ditahan Polis

Diterbitkan: 07 Jan 2023 5.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dadah-rm1-4-juta-dirampas-pelajar-antara-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:58 MYT
Kota Bharu, 9 Januari 2023 - Polis Kontinjen Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar sekolah dan merampas dadah Ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai RM1.4 juta, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, sindiket itu berjaya ditumpaskan selepas pihaknya menerima maklumat rampasan dadah ketika sekatan jalan raya yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kampung Laloh, Kuala Krai.

Beliau berkata, pada 8 pagi Jumaat lalu, sepasukan penguat kuasa JPJ mengadakan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan sebelum mendapati sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.
“Kenderaan terbabit berhenti secara mengejut sekitar 200 meter daripada sekatan jalan raya sebelum dua lelaki melarikan diri dan hasil pemeriksaan menemukan bungkusan disyaki dadah yang diletakkan dalam but kereta.

“JPJ kemudian memaklumkan kepada Polis Daerah Kuala Krai dan kita mendapati dua guni putih dan satu beg pakaian beroda yang di dalamnya terdapat debu putih iaitu dadah Ketamin seberat 25.5 kilogram dengan anggaran nilai RM1.4 juta,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kenderaan Perodua Myvi turut disita untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2023 5.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM