Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Bungkus Dadah Dalam Peket Menyerupai Bekas Minimum

Published: 03 Jun 2022 3.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sindiket tumpas selepas ketiga-tiganya berusia 73, 70 dan 36 tahun ditahan di rumah mereka di Taman Century di sini pada jam 3.30 petang Selasa lalu dengan polis turut merampas dadah keseluruhan bernilai lebih RM1.25 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-bungkus-dadah-dalam-peket-menyerupai-bekas-minimum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT
Johor Bahru, 3 Jun 2022 - Dadah dibungkus dalam peket menyerupai bekas minuman dan dipasarkan di pusat hiburan dengan harga RM250.

Kaedah itu dipercayai digunakan sindiket pengedaran dadah didalangi suami isteri warga emas dan anak lelakinya sejak empat bulan lalu.

Sindiket tumpas selepas ketiga-tiganya berusia 73, 70 dan 36 tahun ditahan di rumah mereka di Taman Century di sini pada jam 3.30 petang Selasa lalu dengan polis turut merampas dadah keseluruhan bernilai lebih RM1.25 juta.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya turut melakukan serbuan susulan pada jam 5.50 petang kelmarin di pangsapuri Taman Mount Austin dan menahan rakan anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia 36 tahun.

"Hasil risikan dan siasatan hampir empat bulan lalu, polis berjaya membongkar sindiket ini yang menjadikan kediaman sebagai tempat menyimpan barang larangan.

"Dadah dibungkus dalam bungkusan menyerupai peket minuman untuk mengelirukan pihak berkuasa dan jenis minuman itu mungkin popular di luar negara," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 5 people and text that says 'Bungkus dadah dalam peket menyerupai bekas minuman Johor Bahru: Dadah di- RM1.25 juta. lirukan pihak berkua
ArticlePublished 03 Jun 2022 3.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM