Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Bukan Artis Saja Terlibat Dadah Pengarah Jsjn

Published: 28 Mar 2022 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu tanpa mengira latar belakang sekiranya dikesan terlibat dengan kesalahan dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-bukan-artis-saja-terlibat-dadah-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT
Shah Alam, 28 Mac 2022 - Penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti bukan perkara baharu dan kes berkenaan bukan membabitkan golongan itu sahaja.

Sebaliknya, penyalahgunaan dadah turut membabitkan individu daripada pelbagai latar belakang termasuk penjawat awam serta golongan berpengaruh lain.

Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu tanpa mengira latar belakang sekiranya dikesan terlibat dengan kesalahan dadah.

Katanya, mereka akan disiasat sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Polis tidak akan tolak ansur dengan mana-mana individu yang terlibat dadah tidak kira latar belakang sama ada ustaz, penjawat awam atau orang politik.

"Kita akan tangkap, buka kertas siasatan dan hantar ke AGC untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Ahad.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.


May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 28 Mar 2022 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM