Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Banteras Dadah Secara Menyeluruh

Diterbitkan: 24 Oct 2023 2.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang bermesyuarat pada Isnin menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan 'pengubah keadaan' bagi membanteras gejala dadah secara menyeluruh dan berkesan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-banteras-dadah-secara-menyeluruh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:56 MYT
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang bermesyuarat pada Isnin menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan 'pengubah keadaan' bagi membanteras gejala dadah secara menyeluruh dan berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi JKMD berkata, tiga matlamat tersebut adalah tindakan menghalang penyeludupan dan pengedaran dadah, meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan, serta meningkatkan daya tindak daripada bahaya dadah.

Di bawah matlamat tindakan membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, jalan-jalan tikus dan jeti haram di Perlis, Kelantan dan Kedah akan dihapuskan bagi menghalang kemasukan dadah haram ke dalam negara.

“Selain itu, kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan dengan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pengedar dadah dan pemilikan dadah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat JKMD Bilangan 2 Tahun 2023 itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'menyeluruh dan berkesan. Datuk Hamid haram ke da- Zahid Banteras dadah secara menyeluruh Jalan tikus, jeti
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2023 2.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM