Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Orang Awam Gagal Lapor Penderaan Seksual Kanak Kanak Akan Didakwa

Diterbitkan: 24 Oct 2023 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Guru sekolah, jiran dan ahli keluarga kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual yang menyembunyikan atau gagal melaporkan kejadian menimpa mangsa kepada pihak berkuasa, akan dikenakan tindakan pendakwaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-orang-awam-gagal-lapor-penderaan-seksual-kanak-kanak-akan-didakwa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:18 MYT
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Guru sekolah, jiran dan ahli keluarga kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual yang menyembunyikan atau gagal melaporkan kejadian menimpa mangsa kepada pihak berkuasa, akan dikenakan tindakan pendakwaan.

Tindakan lebih tegas dan agresif itu juga akan diambil terhadap orang awam yang gagal berbuat demikian, selaras peruntukan sedia ada dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mengakui sehingga kini belum ada pihak yang didakwa bagi kesalahan terbabit walaupun ia termaktub dalam Akta 792.

“Ini termaktub dalam Seksyen 19 akta terbabit. Saya mahu meneliti dan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia serta mahkamah supaya perkara yang termaktub dalam undang-undang itu dapat dikuatkuasakan.

“Mengikut akta berkenaan, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu mengetahui berlaku kes penderaan seksual kepada kanak-kanak, tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Kita bimbang ramai tahu mengenai penderaan seksual kanak-kanak, sama ada di rumah, sekolah dan kejiranan, tetapi gagal melaporkan kes berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2023 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM