
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Banteras Dadah Secara Menyeluruh
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang bermesyuarat pada Isnin menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudka...
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang bermesyuarat pada Isnin menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan 'pengubah keadaan' bagi membanteras gejala dadah secara menyeluruh dan berkesan.
Di bawah matlamat tindakan membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, jalan-jalan tikus dan jeti haram di Perlis, Kelantan dan Kedah akan dihapuskan bagi menghalang kemasukan dadah haram ke dalam negara.
“Selain itu, kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan dengan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pengedar dadah dan pemilikan dadah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat JKMD Bilangan 2 Tahun 2023 itu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.