Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ancaman Dadah Serius

Diterbitkan: 08 Sep 2020 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 September 2020 - Tubuh grup khas di laman sesawang bagi mempromosikan penggunaan pelbagai jenis dadah termasuk Ganja di Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-ancaman-dadah-serius
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:19 MYT

Kuala Lumpur, 8 September 2020 - Tubuh grup khas di laman sesawang bagi mempromosikan penggunaan pelbagai jenis dadah termasuk Ganja di Malaysia.

Itu trend yang dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman mengenai ancaman dadah yang semakin membimbangkan apabila sekelompok individu secara 'terang-terangan' mengadakan perbincangan termasuk cara menanam pokok Ganja.

Lebih membimbangkan, grup Facebook yang mempunyai 120,000 pengikut itu dengan berani mendesak kerajaan memansuhkan hukuman mati selain membenarkan penggunaan dadah di negara ini.

Mendedahkan kegiatan itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSJN, CP Dato’ Ramli Haji Din berkata, beberapa dalang penubuhan grup terbabit telah dikenal pasti dan pihaknya menjamin tindakan diambil dalam masa terdekat.

Tegasnya, JSJN serius mengekang kegiatan itu memandangkan grup terbabit dikhuatiri boleh mempengaruhi masyarakat untuk terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah termasuk Ganja.

"Bayangkan, mereka ini berani membincangkan cara-cara menanam pokok Ganja selain bagaimana mahu menggunakan bahan-bahan terlarang tersebut yang didakwa untuk tujuan 'baik' tanpa menjadi kesalahan di Malaysia.

"Kita juga telah bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencari mekanisme terbaik mengawal perkara ini," katanya ketika ditemui di Bukit Aman, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: 4 people, text that says 'Polis buru dalang grup Facebook 120,000 pengikut Ancaman dadah serius NURAINA HANIS MASZUREENHADZMAN utusarnew
ArtikelDiterbitkan 08 Sep 2020 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM