Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ancaman Dadah Di Tempat Kerja

Published: 25 Aug 2020 7.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kebanyakan pekerja menerima ubat ini bagi mengurangkan kesakitan akibat kecederaan. Bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mereka yang terus menggunakannya walaupun tidak lagi sakit. Ini biasanya didorong oleh perasaan menyenangkan ketika di bawah pengaruh dadah yang kemudiannya menyebabkan ketagihan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-ancaman-dadah-di-tempat-kerja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:56 MYT

Opiat atau opioid merupakan ubatan yang dihasilkan daripada popi opium seperti heroin, morfin dan kodeina dalam kategori ubat sintetik. Opiat sintetik digunakan secara meluas sebagai ubat penghilang rasa sakit.

Kebanyakan pekerja menerima ubat ini bagi mengurangkan kesakitan akibat kecederaan. Bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mereka yang terus menggunakannya walaupun tidak lagi sakit. Ini biasanya didorong oleh perasaan menyenangkan ketika di bawah pengaruh dadah yang kemudiannya menyebabkan ketagihan.

Pada 2016, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaporkan, opiat adalah ubat-ubatan yang tertinggi kadar penyalahgunaannya di Malaysia, namun telah menunjukkan penurunan stabil.

Bagi individu yang mengambil opiat secara berlebihan, mereka mungkin mengalami kesan-kesan berbahaya, antaranya kerosakan otak atau ketagihan. Selain itu, ia menjejaskan keupayaan otak dalam mengawal pernafasan sekali gus boleh menyebabkan kematian.

Penyalahgunaan opiat dalam kalangan pekerja menyebabkan pengurangan produktiviti dan meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Pemeriksaan dadah dan kesihatan sebagai prosedur prapekerjaan merupakan pendekatan yang sangat baik bagi mengesan penyalahgunaan dadah di tempat kerja. Ujian boleh dibuat sama ada melalui sampel air kencing atau menggunakan instrumen analisis yang lebih berkesan dikenali sebagai kromatografi gas-spektrometer jisim (GC-MS). Alat ini mampu mengenal pasti molekul ubat-ubatan dan kuantitinya dengan lebih spesifik dan tepat.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pekerja bukan perkara kecil kerana ia boleh menjejaskan keselamatan di mana-mana tempat kerja. Di Malaysia, permintaan untuk penyaringan penyalahgunaan dadah di tempat kerja menunjukkan trend meningkat. Sebahagian besarnya disebabkan oleh kemasukan pekerja asing.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ancaman Dadah Di Tempat Kerja

Sumber: Utusan Malaysia

ArticlePublished 25 Aug 2020 7.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM