Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 699 Individu Ditahan Terlibat Jenayah Dadah

Diterbitkan: 14 Dec 2023 9.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-699-individu-ditahan-terlibat-jenayah-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:17 MYT
Kota Bharu, 14 Disember 2023 - Seorang pelajar sekolah dan penjawat awam antara 688 suspek yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkait kes dadah dalam Op Tapis Bersepadu di seluruh negeri ini yang dijalankan selama lapan hari.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 69 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 4 hingga 11 Disember lalu.
Menurutnya, pelajar berkenaan ditahan dalam serbuan di depan sebuah bangsal di Kampung Pengkalan Cina, Beris, Bachok dekat sini kira-kira pukul 11.50 pagi pada Jumaat lalu.

“Polis merampas satu liter air ketum yang bernilai RM10 bersama suspek. Ujian saringan air kencing mendapati remaja itu negatif dadah.
“Penjawat awam yang ditahan pula merupakan pembantu am berusia 47 tahun. Lelaki itu dicekup di sebuah stor di Kampung Pulau Pasir Badang di sini pada pukul 1 tengah hari kelmarin.

“Pemeriksaan di dalam stor itu kemudiannya menemui pil kuda seberat 0.9 gram. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah selain mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkait kes dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2023 9.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM