Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 19 431kg Bunga Ganja Dirampas Tiga Kurier Dadah Warga India Ditahan Cuba Seludup Ke Malaysia 20250726

Published: 26 Jul 2025 6.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bukit Kayu Hitam, 26 Julai 2025 - Tiga lelaki warga India dipercayai ‘kurier dadah' ditahan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini kerana disyaki cuba menyeludup 19,431 kilogram (kg) Bunga Ganja ke negara ini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-19-431kg-bunga-ganja-dirampas-tiga-kurier-dadah-warga-india-ditahan-cuba-seludup-ke-malaysia-20250726
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:23 MYT
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 19 431kg Bunga Ganja Dirampas Tiga Kurier Dadah Warga India Ditahan Cuba Seludup Ke Malaysia 20250726
Home / Article / Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 19 431kg Bunga Ganja Dirampas Tiga Kurier Dadah Warga India Ditahan Cuba Seludup Ke Malaysia 20250726
Back to Library
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 19 431kg Bunga Ganja Dirampas Tiga Kurier Dadah Warga India Ditahan Cuba Seludup Ke Malaysia 20250726

Bukit Kayu Hitam, 26 Julai 2025 - Tiga lelaki warga India dipercayai ‘kurier dadah' ditahan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (...
Bukit Kayu Hitam, 26 Julai 2025 - Tiga lelaki warga India dipercayai ‘kurier dadah' ditahan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini kerana disyaki cuba menyeludup 19,431 kilogram (kg) Bunga Ganja ke negara ini, semalam.

Ketiga-tiga mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas dalam Op Taring Wawasan Kedah/Perlis ketika berjalan dari Thailand ke Malaysia dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, SAC Shahrum Hashim berkata, pemeriksaan menemukan dadah Bunga Ganja disembunyikan di dalam dua beg roda dan beg galas yang dibawa oleh ketiga-tiga suspek terbabit.

“Hasil soal siasat terhadap ketiga-tiga suspek berusia antara 29 sehingga 53 tahun mendapati mereka disyaki bertindak sebagai kurier membawa dadah dipercayai dibekalkan oleh sindiket dari negara jiran untuk dihantar kepada pengedar di Kuala Lumpur.

“Suspek cuba berjalan masuk ke Malaysia namun ditahan petugas sekatan jalan raya PGA.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan sindiket yang menjalankan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan Bukit Kayu Hitam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 26 Jul 2025 6.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM