Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Iringi Mdn Sempurnakan Perasmian Cic Kontinjen Kedah

Diterbitkan: 26 Jul 2025 11.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Alor Setar, 26 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan perasmian Pusat Temuduga Kanak-kanak (Children Interview Centre) (CIC), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dekat Taman Derga Jaya, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-iringi-mdn-sempurnakan-perasmian-cic-kontinjen-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:13 MYT
Alor Setar, 26 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan perasmian Pusat Temuduga Kanak-kanak (Children Interview Centre) (CIC), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dekat Taman Derga Jaya, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dengan diiringi Tan Sri Ayob Khan kira-kira jam 10.00 pagi telah disambut oleh Pemangku Ketua Polis Kedah, DCP Adzli Abu Shah yang sedia menunggu kehadiran mereka.

Premis berkeluasan 1,400 kaki persegi itu bertindak sebagai prasarana CIC baharu kepada Kontinjen Kedah yang juga merupakan sebuah pusat khas Polis Diraja Malaysia untuk digunakan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi menjalankan proses menemuduga kanak-kanak yang menjadi saksi atau mangsa sesuatu jenayah selain mengurangkan trauma di samping menyediakan persekitaran yang selesa semasa keterangan diambil.

Seusai majlis perasmian tadi, Timbalan KPN bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution telah mengadakan lawatan di sekitar premis berkenaan seterusnya mendengar taklimat ringkas berkaitan pengoperasian oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11, JSJ Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan.

Yang turut hadir, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah dan Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Redzuan Abdul Hamid.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 20 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 8 people and text






ArtikelDiterbitkan 26 Jul 2025 11.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM