Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 143 Pokok 1 7 Kg Ganja Bernilai Lebih Rm3 6 Juta Dirampas

Published: 16 Sep 2024 4.14 AM Updated: 15 Aug 2026 6.48 PM
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-143-pokok-1-7-kg-ganja-bernilai-lebih-rm3-6-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:15 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: 143 POKOK, 1.7 KG GANJA BERNILAI LEBIH RM3.6 JUTA DIRAMPAS

Miri, 16 September 2024 - Sebanyak 143 pokok ganja dan 1.7 kilogram Ganja bernilai lebih RM3.6 juta dirampas daripada dua lelaki menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Piasau di sini, Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, berkata rampasan dan tangkapan dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Beliau berkata, suspek berusia 61 dan 41 tahun itu yang juga majikan dan pekerja membeli benih Ganja dari luar negara secara dalam talian dan penghantaran dibuat menggunakan perkhidmatan kurier.

“Suspek menanam benih Ganja di kawasan kediaman secara sulit dan dadah yang dihasilkan dijual di sekitar Miri dengan harga RM100 untuk 100 gram,” katanya pada sidang media di Pejabat Narkotik IPD Miri, semalam.
Dato Mancha berkata, jumlah keseluruhan Ganja yang dirampas itu boleh digunakan 32,084 penagih.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 16 Sep 2024 4.14 AMUpdated 15 Aug 2026 6.48 PM