
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 12 Ahli Kimia Proses Dadah Diberkas
Kuala Lumpur, 1 Februari 2024 - Seramai 12 orang ''ahli kimia'' adalah antara 179,865 individu ditahan sepanjang tahun lalu kerana terlibat dengan pelbagai kes...
Kuala Lumpur, 1 Februari 2024 - Seramai 12 orang ''ahli kimia'' adalah antara 179,865 individu ditahan sepanjang tahun lalu kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan dan aktiviti pengedaran dadah di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamaruddin Md Din berkata, tangkapan kesemua individu tersebut dibuat berdasarkan peruntukan di bawah seksyen kesalahan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.
Menurut beliau, pihaknya turut berjaya membuat tangkapan melibatkan sindiket dadah, pembongkaran makmal dadah haram serta operasi di pusat hiburan.
Beliau berkata, sebanyak 273 sindiket membabitkan 908 individu diberkas, manakala sebanyak 22 buah makmal dadah haram berjaya dibongkar dengan tangkapan ke atas 12 orang ''ahli kimia''.
“Hasil serbuan dilakukan pada 2023 itu membolehkan polis merampas pelbagai jenis dadah dan racun yang dianggarkan berjumlah RM704.9 juta.
“Sejumlah 1,012 individu turut ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985,” katanya.
Beliau memberitahu, sebanyak 1,705 serbuan dengan 4,867 tangkapan telah dilaksanakan semasa Op Pusat Hiburan sepanjang tahun lalu.