Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Tekan Isu Integriti Dan Tata Kelola Dalam Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan Tertinggi Pdrm Dan Kpd Semenanjung Malaysia

Diterbitkan: 01 Feb 2024 7.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 1 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain menekankan isu integriti dan tata kelola dalam perjumpaan khas beliau bersama Kepimpinan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua-ketua Polis Daerah seluruh Semenanjung Malaysia di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tekan-isu-integriti-dan-tata-kelola-dalam-perjumpaan-khas-bersama-kepimpinan-tertinggi-pdrm-dan-kpd-semenanjung-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:17 MYT
Kpn Tekan Isu Integriti Dan Tata Kelola Dalam Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan Tertinggi Pdrm Dan Kpd Semenanjung Malaysia
Laman Utama / Artikel / Kpn Tekan Isu Integriti Dan Tata Kelola Dalam Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan Tertinggi Pdrm Dan Kpd Semenanjung Malaysia
Kembali ke Pustaka
Artikel

Kpn Tekan Isu Integriti Dan Tata Kelola Dalam Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan Tertinggi Pdrm Dan Kpd Semenanjung Malaysia

Cheras, 1 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain menekankan isu integriti dan tata kelola dalam perjumpaan khas beliau bersama...
Cheras, 1 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain menekankan isu integriti dan tata kelola dalam perjumpaan khas beliau bersama Kepimpinan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua-ketua Polis Daerah seluruh Semenanjung Malaysia di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Hadir sama dalam perjumpaan tadi ialah Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pertemuan sulung bagi tahun 2024 itu penting untuk menetapkan hala tuju Pasukan dalam landasan yang sama demi mengembalikan keyakinan masyarakat dan memartabatkan PDRM sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang terulung negara.

Tan Sri Razarudin dalam ucapannya menegaskan, isu integriti dan tata kelola perlu diberi perhatian serius oleh pegawai pemerintah atau penyelia terhadap penugasan pegawai dan anggota bawahan masing-masing.

Beliau turut memandang serius dengan beberapa insiden tidak bertanggungjawab melibatkan pegawai dan anggota polis yang telah mencemarkan imej Pasukan dan menegaskan bahawa PDRM tidak akan sesekali berkompromi dengan segelintir mereka ini yang mengkhianati Pasukan.

Tan Sri Razarudin juga menekankan aspek penyeliaan secara berkala oleh pegawai pemerintah atau penyelia terhadap pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing untuk memastikan undang-undang serta peraturan sentiasa dipatuhi.

Jelas beliau, bagi menangani isu kelemahan dalam penyeliaan, semua pegawai pemerintah dan penyelia perlu mematuhi Arahan KPN nombor 191 iaitu "Total Enforcement" ke atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bertarikh 26 Ogos 2023 tanpa gagal.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin mengucapkan tahniah kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks

Mungkin imej teks

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks

Mungkin imej 8 orang dan teks

Mungkin imej 11 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks

Mungkin imej 7 orang

Mungkin imej 8 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks


ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2024 7.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM