Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Tindakan Tegas Terhadap Anggota Polis Terbabit Seludup Dadah

Published: 01 Dec 2020 12.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 1 Disember 2020 - Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya jika terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah termasuk menyeludupnya untuk tahanan di dalam lokap.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-tindakan-tegas-terhadap-anggota-polis-terbabit-seludup-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT

Johor Bahru, 1 Disember 2020 - Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya jika terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah termasuk menyeludupnya untuk tahanan di dalam lokap.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Dato' Kamarulzaman Mamat berkata, polis tidak mengamalkan 'pilih kasih' dalam usaha memerangi kegiatan dadah secara habis-habisan.

"Tindakan akan diambil, tiada pilih kasih. Bagi tahanan melebihi seminggu, pihak JSJN akan membuat ujian saringan air kencing terhadap tahanan untuk melihat sama ada terdapat kesan pengambilan dadah atau tidak," katanya.

Dato' Kamarulzaman berkata, pihaknya dalam masa sama juga akan mencari punca bagaimana dadah boleh 'menembusi' ke dalam lokap.

Ketika ditanya berhubung dakwaan berlaku kes penyeludupan dadah di sebuah lokap di Kota Tinggi, baru-baru ini, beliau berkata, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes berkenaan dan akan mẹlakukan siasatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1907434

Sumber: BERNAMA

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Tindakan Tegas Terhadap Anggota Polis Terbabit Seludup Dadah
ArticlePublished 01 Dec 2020 12.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM