Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Suami Isteri Dalang Sindiket Pengedaran Dan Penyeludupan Dadah

Published: 31 Oct 2021 7.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 31 Oktober 2021 - Sepasang suami isteri antara tujuh ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.2 juta menerusi empat serbuan berasingan di daerah ini, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-suami-isteri-dalang-sindiket-pengedaran-dan-penyeludupan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:25 MYT
Johor Bahru, 31 Oktober 2021 - Sepasang suami isteri antara tujuh ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.2 juta menerusi empat serbuan berasingan di daerah ini, di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Razarudin Husain berkata, serbuan antara 21 hingga 28 Oktober lalu itu membawa kepada penahanan semua individu tempatan termasuk seorang wanita warga asing berusia 39 hingga 48 tahun.

Katanya, sindiket yang aktif sejak pertengahan tahun ini dipercayai memperoleh dadah dari negara jiran untuk diedarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Serbuan dijalankan di rumah yang dipercayai dijadikan tempat pembungkusan selain keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 587,222 penagih.”

"Hasil serbuan, JSJN berjaya merampas dadah antaranya 115.1 kilogram Syabu, 528 gram Ketamin, 52.8 gram Ecstasy, 91.8 gram dadah jenis Mushroom, selain 10.5 gram Eramin 5 dan 9.17 gram pil Yaba.”

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua direman bagi tempoh dari tarikh tangkapan sehingga esok untuk membantu siasatan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../suami-isteri-dalang...

Sumber: Harian Metro dan Polis Johor

 
ArticlePublished 31 Oct 2021 7.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM