Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Sorok Syabu Rm5 4 Juta Dalam Lori Perabot Terpakai 3 Beradik Diberkas Polis

Diterbitkan: 21 Feb 2023 12.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Krai, 21 Februari 2023 - Helah tiga beradik disyaki menyembunyikan 150 kilogram (kg) dadah jenis Syabu yang dianggarkan bernilai RM5.4 juta di sebalik perabot terpakai dalam sebuah lori, gagal apabila diberkas polis, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-sorok-syabu-rm5-4-juta-dalam-lori-perabot-terpakai-3-beradik-diberkas-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:29 MYT
Kuala Krai, 21 Februari 2023 - Helah tiga beradik disyaki menyembunyikan 150 kilogram (kg) dadah jenis Syabu yang dianggarkan bernilai RM5.4 juta di sebalik perabot terpakai dalam sebuah lori, gagal apabila diberkas polis, di sini, semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia 24 hingga 45 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di dua lokasi berasingan di Kampung Tengah dan Kampung Kenor, kira-kira jam 7.50 pagi, ketika mereka dipercayai dalam perjalanan membawa bekalan terlarang itu dari sempadan Kelantan ke Lembah Klang.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun, berkata tangkapan dilakukan selepas pasukan mengesan sebuah lori membawa muatan perabot terpakai dan sebuah kereta Honda City berada dalam keadaan mencurigakan.

"Kita mula mengekori kedua-dua kenderaan terbabit dari Ketereh sebelum tangkapan dilakukan serentak di dua lokasi di Kuala Krai.

"Pasukan mendapati kereta Honda City itu dipandu seorang lelaki dipercayai berperanan untuk memantau lokasi, manakala sebuah lori pula dinaiki dua beradiknya.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit, pasukan menjumpai beberapa plastik hitam mengandungi keseluruhan 150 peket bertulis 'refined chinese tea' dipercayai berisi dadah jenis Syabu seberat 150 kg," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../sorok-syabu-rm54-juta...


May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people
ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2023 12.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM