
Kpn Sampaikan Amanat Sempena Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2023
Cheras, 21 Februari 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati bagi menyampaikan amanat bersempena Seminar Ketua Polis Daerah (KPD) Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini.
Ketibaan Tan Sri Acryl Sani di perkarangan lobi Maktab PDRM disambut oleh Komandan Maktab PDRM, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman.
Dalam amanatnya, KPN menyeru semua KPD agar menekankan elemen penyeliaan kepada seluruh warga kerja melalui pendekatan "transparent from top to bottom", dan semua Pegawai Penyelia hendaklah memberi contoh teladan yang baik kepada pegawai serta anggota bawahan melalui kaedah "leading by example".
“PDRM tidak akan berkompromi kepada segelintir mereka yang ingkar. Ini bukan bertujuan untuk menzalimi, tetapi mereka sendiri yang menzalimi Pasukan. Kita tidak mahu majoriti terpalit dengan sikap hanya segolongan yang tidak menyayangi Pasukan ibarat setitik nila yang merosakkan sebelanga susu”, ujar beliau.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan para pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid