Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Saspek Bukan Datuk

Diterbitkan: 20 Oct 2021 1.28 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Harian Metro
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-saspek-bukan-datuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:21 MYT
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2021 - "Mereka bukanlah pembawa gelaran 'Datuk' sebenar! Ia hanyalah panggilan diberikan kenalan berkemungkinan kerana mereka hidup mewah," ujar CP Dato’ Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berhubung identiti dua individu ditangkap polis kerana dikaitkan dengan kes dadah minggu lalu.

Beliau menafikan dua lelaki ditahan polis itu adalah penerima darjah kebesaran sebaliknya sekadar gelaran tidak diiktiraf yang sengaja digunakan pakai untuk tujuan tertentu.

Harian Metro semalam mendedahkan penahanan dua individu bergelar ‘Datuk’ yang dikesan aktif dalam sindiket penyeludupan dadah dari negara jiran Thailand.

Suspek yang diberkas di Kuantan, Pahang, oleh anggota polis dari JSJN Bukit Aman itu dipercayai berperanan sebagai pembekal dadah ke kawasan tanah rancangan Felda di Pahang.

Dalam operasi berasingan, polis turut membongkar aktiviti penyalahgunaan dadah di ladang kelapa sawit Felda Mempaga di Bentong, Pahang susulan penahanan 24 individu termasuk seorang tokan dadah selain merampas 8.95 gram dadah Heroin dan 0.38 gram dadah Syabu bernilai RM500.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../10/768357/suspek-bukan-datuk

Sumber: Harian Metro

Suspek bukan 'Datuk' | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2021 1.28 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM